KAJIAN KES TUNTUTAN CIPAA 2012 - VIEW ESTEEM SDN BHD v BINA PURI HOLDINGS BHD
KAJIAN KES CIPAA 2012 - VIEW ESTEEM v BINA PURI HOLDINGS
Kes
View Esteem v Bina Puri Holdings adalah sebuah kes yang diputuskan di
Mahkamah Persekutuan pada bulan November tahun 2017. Kes ini menjadi
rujukan untuk isu tuntutan CIPAA yang melibatkan permasalahan bidang
kuasa Adjudikator dan juga berkenaan dengan penggantungan keputusan
Adjudikasi.
Di antara dapatan-dapatan menarik yang diputuskan oleh Mahkamah di dalam kes ini adalah seperti berikut:
(a) Mahkamah perlu membezakan keadaan di mana CIPAA adalah tidak terpakai dengan keadaan di mana CIPAA terpakai, tetapi Adjudikator yang bertindak dibawah CIPAA telah melangkau bidang kuasa beliau sebagaimana yang dinyatakan di s.15 (d) Akta tersebut. Perbezaan ini (in excess of jurisdiction or absolute lack of jurisdiction) adalah penting di dalam situasi di mana bidang kuasa adjudikator itu ingin di cabar di Mahkamah. Mahkamah telah memutuskan bahawa sekiranya pihak-pihak ingin mencabar keterpakaian CIPAA, ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak semestinya semasa permohonan untuk mengenepikan sesuatu Keputusan Adjudikasi itu dibuat dan difailkan.
b) Mahkamah juga telah memutuskan bahawa CIPAA tidak terpakai untuk sesuatu tuntutan interim yang mana tuntutan kumulatif nya telah dimulakan di Mahkamah atau melalui Arbitrasi/Timbangtara sebelum CIPAA berkuat kuasa melalui s.41 Akta.
(c) Dengan memberikan definisi yang lebih luas kepada s.27 (a) Akta, Mahkamah telah memberikan dapatan bahawa sekiranya seseorang Adjudikator bertindak menolak untuk mengambil kira apa-apa pembelaan yang dikemukakan kepada beliau didalam Respons Adjudikasi, walaupun ia pada asalnya tidak dikemuka didalam Respons Pembayaran di bawah s.5 dan s.6 Akta, beliau adalah di anggap telah menafikan keadilan asasi (natural justice) di bawah s.15 Akta.
(e) Mahkamah juga menyatakan bahawa sesuatu permohonan untuk menggantung keputusan adjudikasi di bawah s.16 Akta boleh difailkan bersama dengan sesuatu permohonan untuk mengenepikan keputusan Adjudikasi di bawah s.15 Akta.
Rujukan kes: View Esteem Sdn Bhd v Bina Puri Holdings Bhd (2018) 2 MLJ 22 (FC)
kredit: https://norhafeezlaw.blogspot.com/2020/10/kajian-kes-tuntutan-cipaa-2012-view.html
0 Komentar