NORCO CONSULT menawarkan perkhidmatan nasihat dan konsultasi berkenaan dengan tuntutan melalui Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (Akta 746) ataupun Construction Industry Payment and Adjudication 2012 (CIPAA 2012) mengikut pakej-pakej yang ditawarkan. Berdasarkan pakej-pakej yang dipilih, khidmat nasihat dan konsultasi tersebut termasuk, namun terhad kepada, 

  • penjelasan terperinci berkenaan dengan pemakaian CIPAA 2012; 
  • penilaian tuntutan yang ingin dibuat;
  • penilaian amaun tuntutan yang ingin dibuat; 
  • penilaian dokumen sokongan yang ingin dilampirkan; 
  • penjelasan terperinci proses tuntutan dan adjudikasi;
  • penjelasan tentang dokumen tuntutan dan adjudikasi;
  • penjelasan tentang tempoh masa pemfailan;
  • menyelenggara proses tuntutan;
  • bekerjasama secara terus dengan pegawai syarikat yang ditugaskan (assigned PIC);
  • memaklumkan perkembangan tuntutan dari semasa ke semasa;
  • memaklumkan perkembangan undang-undang dari semasa ke semasa;
  • penjelasan terperinci penguatkuasaan Keputusan Adjudikasi;
  • penjelasan berkenaan dengan proses Mahkamah selepas Adjudikasi;



NORCO CONSULT, selaras dengan keadaan ekonomi semasa, turut menawarkan 2 pakej perkhidmatan untuk dipilih mengikut kesesuaian dengan skop perbelanjaan syarikat. Pakej-pakej tersebut adalah Pakej Perniagaan (Business Package) dan Pakej Premium (Premium Package). Anda boleh menghubungi kami bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan pakej-pakej yang disediakan.