CIPAA 2012 - APA ITU CIPAA?

tuntutan cipaa 2012

CIPAA 2012 DI DALAM BAHASA MUDAH.

1. Apa itu CIPAA 2012? Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (Construction Industri Payment and Adjudication 2012) atau lebih dikenali sebagai CIPAA 2012 yang berkuat kuasa pada 15.4.2014, telah diperkenalkan oleh Parlimen sebagai salah satu platform alternatif bagi menyelesaikan pertikaian (Alternative Dispute Resolution) berkenaan dengan kerja-kerja pembinaan yang telah disiapkan melalui satu proses yang dipanggil Adjudikasi. (Apa maksud Kerja Pembinaan? Baca DI SINI)

2. Sebelum CIPAA diperkenalkan, untuk menyelesaikan sebarang pertikaian, firma-firma industri hanya mempunyai dua pilihan sahaja, samada untuk membawa pertikaian mereka ke Mahkamah atau menyelesaikannya melalui proses Timbangtara. 

3. Proses perbicaraan kes di Mahkamah lazimnya mengambil masa yang lama dan prosiding timbang tara pula melibatkan kos yang tinggi dan hanya boleh dibuat sekiranya dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat. Dengan adanya CIPAA, ianya memberikan pilihan yang ketiga untuk menyelesaikan pertikaian.

Mahkamah atau Timbangtara atau Adjudikasi CIPAA? 

4. Sepertimana proses Mahkamah dan Timbangtara (arbitrasi), proses Adjudikasi adalah satu proses di mana suatu pertikaian di antara dua (atau lebih) pihak dibawa ke hadapan dan diputuskan oleh seorang Adjudikator. 

5. Ringkasan dan latar belakang legislatif CIPAA ini telah diterangkan dengan cukup mendalam dan terperinci oleh Yang Arif Dato' Mary Lim di dalam kes UDA Holdings Bhd v Bisraya Construction Sdn Bhd.

6. Pengenalan tuntutan melalui CIPAA ini pada asasnya adalah bertujuan untuk membantu masalah cash flow yang seringkali dihadapi oleh firma-firma industri, terutamanya sub kontraktor yang disebabkan oleh pertikaian pembayaran (payment disputes), samada pembayaran lewat, pembayaran yang tidak mencukupi ataupun lebih teruk, tiada pembayaran lansung.

7. Terlalu kerap kita mendengar permasalahan sub kontraktor pembinaan yang tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab kontrak disebabkan oleh kesukaran membuat pusingan dana.

8. Untuk menangani permasalahan tersebut, Kerajaan telah memperkenalkan CIPAA. Ianya adalah satu prosedur yang lebih mudah dan cepat  bagi menyelesaikan sebarang pertikaian yang melibatkan pembayaran untuk kerja kontrak (contractual work done), pembekalan bahan (material supply) dan perkhidmatan (services rendered) yang telah disempurnakan keseluruhan atau sebahagiannya di antara firma-firma yang terlibat di dalam industri pembinaan dan kontraktor. 

CIPAA lebih cepat?

9. Mengapa ianya lebih cepat dan mudah? Ini berikutan prosedurnya yang bersifat terus (summary). Prosedur bersifat terus/summary ini bermaksud ianya akan bergantung kepada dokumen-dokumen sokongan yang dilampirkan bersama tuntutan dan tidak melibatkan keperluan untuk mendapatkan keterangan saksi, yang selalunya memakan masa yang lama dan menelan belanja yang tinggi.

10. Tempoh masa yang telah ditetapkan oleh CIPAA untuk setiap tindakan termasuk pemfailan dan penyerahan kertas kausa serta keputusan yang perlu disediakan oleh Adjudikator adalah jauh lebih pendek berbanding sesuatu proses tuntutan yang dimulakan di Mahkamah.

CIPAA lebih efektif?

11. Setelah mendapat sesuatu perintah penguatkuasaan Keputusan Adjudikasi di Mahkamah, Pihak yang Menuntut bukan sahaja boleh menguatkuasakan keputusan tersebut terhadap Responden, bahkan boleh memohon pembayaran daripada Syarikat Prinsipal (principle employer) sekiranya Responden enggan mematuhi Keputusan Adjudikasi.

12. Malah di dalam keadaan dan kes tertentu, sesuatu Keputusan Adjudikasi juga boleh menjadi asas untuk menggulungkan sesuatu syarikat yang enggan mematuhi keputusan Adjudikasi.

13. Bukan itu sahaja, sub kontraktor yang mana Keputusan Adjudkasi berpihak kepadanya, boleh menggantung atau mengurangkan kadar kemajuan kerja yang masih berbaki sekiranya pembayaran tidak dibuat oleh Responden.

14. Melainkan Keputusan Adjudikasi itu diketepikan (set aside) ataupun perlaksaannya digantung (stayed), Responden tidak mempunyai pilihan lain selain daripada membuat pembayaran mengikut Keputusan Adjudikasi.

15. Firma-firma dan pemain-pemain industri pembinaan, tidak kira kecil, medium atau gergasi industri seharusnya menggunakan peluang ini untuk mendapatkan hak-hak mereka melalui CIPAA.  

16. Untuk memahami kerangka kandungan Akta CIPAA boleh baca DISINI.

peguam cipaa




3 Komentar

  1. Sy ada kontrak dgn kdn dah 4 bln xdpt paymen disebab kan tutup akaun blh ka
    sy guna cipaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung kepada keadaan kontrak. Sekiranya kontrak pembinaan itu adalah untuk tujuan segera (urgently) kerana bencana alam ataupun apa-apa keperluan darurat ATAU berkaitan dengan keselamatan negara (national security), CIPAA tidak tergunapakai.

      Padam
  2. As Salaam tuan..saya ada kontrak dgn satu maincond ni..dalam rm129k..kerja dah siap bulan 4/2021 sampai skrg maincond baru bayar 50k..last payment bulan 3 2022 .. boleh ke saya pakai CIPAA untuk minta duit dari maincond..bila tanya maincond memanjang takda duit..terima kasih tuan..

    BalasPadam