NORCO CONSULT
  • Utama
  • ilmu legal
  • Kandungan
    • Pengenalan
    • Perkhidmatan
    • Hubungi
CIPAA consultant

 KAJIAN KES CIPAA 2012 - VISION DEVELOPMENT CONCEPT SDN BHD v LOW SHEH LING

1. Kes Vision Development Concept v Low Sheh Ling adalah sebuah kes yang diputuskan di Mahkamah Tinggi pada bulan Mac 2020. Di dalam kes ini Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Dato'Aliza Sulaiman telah memberikan dapatan yang terperinci tentang isu intipati (substance) kandungan sesuatu kontrak dan s.38 Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (CIPAA 2012). 

2. Di dalam kes ini, Low Sheh Ling, yang merupakan pemilik hartanah, telah memasuki satu Perjanjian Usahasama (Joint Venture) dengan Vision Development untuk memajukan hartanah bagi tujuan projek perumahan, di mana intipati Perjanjian JV tersebut adalah di antara lainnya, Low Sheh Ling berhak menerima 30% daripada unit-unit yang dibina di atas hartanah tersebut sebagai timbal balas (consideration). 

3. Turut dimasuki adalah satu Perjanjian Tambahan (Supplemental Agreement) dimana Low Sheh Long bersetuju untuk menjalan proses perataan tanah (levelling of land) sebelum menyerahkannya kepada Vision Development untuk dimajukan. Sekiranya beliau tidak dapat berbuat demikian di dalam masa yang ditetapkan, Vision Development berhak untuk memasuki hartanah tersebut dan seterusnya membuat penolakan kos dan perbelanjaan bagi kerja tanah yang dilakukan. Pihak-pihak juga bersetuju untuk berkongsi keuntungan keatas unit-unit tersebut. Pertikaian telah berlaku dan dibawa ke proses Adjudikasi di bawah CIPAA untuk penyelesaian.

4. Mahkamah telah memutuskan bahawa Adjudikator telah membuat keputusan di luar bidangkuasa beliau. Diantara dapatan-dapatan menarik melalui kes tersebut adalah seperti yang berikut:

(a) Mahkamah telah memetik dapatan daripada kes YTK Engineering Services Sdn Bhd v Towards Green Sdn Bhd yang menyatakan apabila pertikaian intipati sesuatu perjanjian tersebut adalah berkenaan dengan keuntungan atau kerugian (profit or loss) akan menjadikan ia suatu Usahasama Perkongsian Keuntungan (profit sharing joint venture). Usahasama Perkongsian Keuntungan tidak boleh dirujuk dan diungkap dibawah CIPAA.

When the jurisdictional ground was raised in that this dispute is essentially a dispute of the joint ventures on whether there is profit or loss, one must appreciate the context of the dispute for what it is. In that such a dispute would ordinarily arise in a pure contractor-subcontractor relationship as the parties would not be talking about sharing profits or losses or who to pay. 

There is a very real sense in which the joint venture element overwhelms the true nature and colour of the contract between 2 parties, whilst it is true it is in relation to construction works, that by itself, does not make it a construction contract for the purpose of adjudication, but rather it maintains its essential distinguishing element of being a joint venture contract which has element of construction works. 

It is only too obvious that joint venture profit sharing contract is a commercial contract where the problem of chash flow arising out of work done by a contracting party is not the kind of contracts where protection of a speedy resolution is intended. In fact the disputes that stem of the sharing of profit or loss would be more convoluted and complicated, arising as it would from issues like the calculation of costs, the meaning and calculation of net profit and loss and a multitude of other factors. In short, it is not a straight forward claim for a pre agreed or certified sum for work done or services rendered.

(b) Ketetapan Common Law bagi keadilan asasi (natural justice) ataupun keadilan prosedural (procedural fairness) adalah pihak yang terkesan mempunyai hak untuk notis awal bagi membolehkan pihak tersebut mendapat kesempatan dan peluang untuk mengemukakan hujahnya dan pihak yang terkesan berhak untuk mendapat penilaian yang adil dan saksama.

The common law rules of natural justice and procedural fairness are two fold; the person affected has the right to prior notice and an effective opportunity to make representations before a decision is made, and the person affected has the right to an unbiased tribunal.

(c) Pihak yang menuntut hendaklah menunjukkan bukti bahawa segala kertas prosiding Adjudikasi telah diserahkan selaras dengan s.38 Akta dan kesemua cara untuk memastikan kertas prosiding tersebut diserahkan telah dihabiskan (exhausted).

It is incumbent on vision to prove that it has served all the adjudication papers on LSL in accordance with s.38 CIPAA. The mere fact that LSL is said to be aware of the adjudication proceedings does not relieve vision of the obligation to serve the adjudication papers on LSL. Vision cannot shift this obligation to LSL by asserting that LSL took no steps to appoint another set of solicitors.

Di dalam kes ini Vision Development tidak membuat carian alamat di Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan alamat berdaftar Low Sheh Long apabila mendapati premis alamat kontrak beliau telah ditinggalkan dan dikosongkan. Mahkamah menyatakan seperti berikut:

This is a case where vision have available, during the adjudication, a ready means of contacting LSL, but vision deliberately chose not to resort to such means and this basically deprived LSL of the opportunity to make representations in the adjudication. Hence, this galls within the rare and exceptional cases in which the Court ought to decline to enforce the said adjudication decision by reason of breach of natural justice.

(d) Walaupun terdapat klausa resolusi pertikaian (dispute resolution clause) di dalam sesuatu perjanjian, CIPAA masih lagi boleh digunapakai selama mana pertikaian tersebut adalah berkenaan dengan kerjadan perkhidmatan pembinaan selaras dengan s.37 Akta.

However, emphasis must be placed upon the words "a dispute in respect of payment under a construction contract...". In view of the conclusion of the court that the said JVAs and said SAs are not constructions contracts falling within the ambit of CIPAA, the dispute between the parties should rightfully be referred to arbitration as provided under clause 24.2 of the said JVAs.

5. Vision Development telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan ini. 

6. Walau apa pun, kami berpendapat bahawa adalah penting bagi pihak-pihak mendapatkan nasihat serta konsultasi yang berkesan di dalam menasihati mereka tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum mereka boleh membuat tuntutan. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal yang akan merugikan pihak yang menuntut.

tuntutan CIPAA bumiputera

      

CIPAA lawyer

PENYERAHAN NOTIS DAN DOKUMEN ADJUDIKASI CIPAA

1. Setiap Notis dan Dokumen yang disediakan oleh pihak-pihak yang terlibat di dalam Adjudikasi hendaklah diserahkan kepada pihak yang satu lagi. Ini adalah kewajipan mandatori yang pelu dipatuhi oleh kesemua pihak-pihak yang terlibat.

2. Kegagalan untuk mematuhi tempoh masa dan tatacara penyerahan notis dan dokumen ini boleh menyebabkan keesahan sesuatu prosiding atau keputusan Adjudikasi itu dicabar seaktu proses adjudikasi berjalan ataupun di Mahkamah.

3. Cara dan panduan penyerahan notis dan dokumen di bawah Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (CIPAA 2012) telah dinyatakan dengan jelas di dalam s.38 Akta. 

4. Penyerahan sesuatu notis dan dokumen boleh dilaksanakan samada melalui:

(a) penyerahan kediri/serahan tangan terhadap pihak terbabit;

(b) meninggalkan dokumen tersebut ditempat perniagaan biasa di dalam waktu perniagaan biasa pihak terbabit;

(c) penyerahan secara pos berdaftar ke tempat perniagaan biasa atau alamat perniagaan terakhir yang diketahui; atau

(d) melalui apa-apa cara yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak.

5. Adalah sangat penting untuk mendapatkan bukti-bukti penyerahan dokumen sebagai bukti penyerahan telah dilaksanakan. Ini boleh diperolehi melalui tandatangan penerimaan ataupun cop syarikat diatas surat iringan pendua.

6. Bukti ini akan dijadikan dokumen sokongan semasa penyerahan Notis Pendaftaran Adjudikasi kepada AIAC kelak.

 

norcoconsult

 

subkontraktor cipaa

TUNTUTAN ADJUDIKASI, RESPONS ADJUDIKASI & JAWAPAN ADJUDIKASI

1. Setelah Notis Adjudikasi diserahkan kepada Responden dan Adjudikator telah menerima perlantikannya (samada dilantik secara perlantikan bersama di bawah s.22(2) Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (CIPAA 2012) atau dilantik oleh Pengarah AIAC di bawah s. 23(2) Akta), di dalam jangka masa yang ditetapkan, Pihak yang Menuntut hendaklah menyediakan dokumen yang dinamakan sebagai Tuntutan Adjudikasi.

2. Selaras dengan s.9 Akta, Tuntutan Adjudikasi ini boleh dianggap sebagai dokumen yang mengembangkan Tuntutan Bayaran dan Notis Adjudikasi.  Pihak yang Menuntut boleh memberi butir-butir yang lebih terperinci ataupun bukti-bukti yang relevan untuk menyokong tuntutan mereka di dalam Tuntutan Pembayaran.

3. Di samping itu, Pihak yang Menuntut juga boleh menjawab apa sahaja pembelaan, tuntutan balas, set off dan juga tuntutan silang (cross claim) yang telah dibangkitkan oleh Responden di dalam Respons Pembayarannya terdahulu.

4. Walau bagaimanapun, Pihak yang Menuntut sudah tidak boleh membangkitkan apa-apa tuntutan baru atau tuntutan tambahan di dalam Tuntutan Adjudikasi ini. Kandungan Tuntutan Adjudikasi ini hendaklah hanya merujuk kepada kandungan Tuntutan Pembayaran semata-mata.

5. Tuntutan Adjudikasi ini hendaklah diserahkan kepada Pihak Responden mengikut tatacara penyerahan sebagai yang dinyatakan di dalam s. 38 Akta dan di dalam jangka waktu yang telah di tetapkan Akta. Sesalinan Tuntutan Adjudikasi juga perlu diserahkan kepada Adjudikator mengikut tempoh waktu yang sama. Sesalinan dokumen tersebut hendaklah turut dibekalkan kepada AIAC.

6. Setelah Responden menerima sesalinan Tuntutan Adjudikasi, Responden hendaklah menyediakan jawapan mereka di dalam bentuk Respons Adjudikasi.  

7. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam s.10 Akta, Respons Adjudikasi adalah dokumen yang menjawab setiap satu tuntutan yang terkandung di dalam Tuntutan Adjudikasi dan ianya perlu disertakan bersama dengan kesemua dokumen-dokumen sokongan yang ingin dirujuk oleh Responden untuk menyokong pembelaan dan jawapannya.

8. Sesalinan Respons Adjudikasi ini hendaklah diserahkan kepada Pihak yang Menuntut selaras dengan tatacara penyerahan di dalam s.38 Akta, mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan undang-undang. Sesalinan dokumen tersebut juga hendaklah diserahkan kepada Adjudikator di dalam tempoh masa yang sama. Sesalinan dokumen tersebut hendaklah turut dibekalkan kepada AIAC.

9. Adalah sangat-sangat penting Respons Adjudikasi ini diserahkan di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh s.10 (1). Ini adalah kerana kegagalan menyerahkan Respons Adjudikasi boleh menyebabkan Pihak yang Menuntut meneruskan dengan proses Adjudikasi selepas tarikh penyerahan luput. Ini adalah sebagaimana yang diperuntukkan di dalam s.10 (3) Akta. 

10. Selepas menerima sesalinan Respons Adjudikasi daripada Responden, Pihak yang Menuntut diberi peluang untuk menyediakan dokumen yang dinamakan sebagai Jawapan Adjudikasi. Ini adalah selaras dengan peruntukan di dalam s.11 Akta.

11. Jawapan Adjudikasi adalah dokumen yang mengandungi jawapan balas Pihak yang Menuntut terhadap kesemua isu-isu yang dibangkitkan di dalam Respons Adjudikasi. Namun kandungan Jawapan Adjudikasi tersebut hendaklah terikat dengan isu-isu yang dibangkitkan di dalam Respons Adjudikasi sahaja. Ianya tidak boleh mengandungi sebarang tuntutan baru yang tidak dinyatakan di dalam Tuntutan Pembayaran.

12. Jawapan Adjudikasi bukanlah suatu dokumen yang wajib atau mandatori. Pihak yang Menuntut boleh memilih untuk tidak menyediakan dan menyerahkan Jawapan Adjudikasi sekiranya tuntutan yang disediakan telah dibuat secara menyeluruh dan tiada lagi dokumen-dokumen sokongan yang ingin dilampirkan.

13. Di dalam tempoh masa singkat yang dinyatakan oleh undang-undang, Jawapan Adjudikasi tersebut hendaklah diserahkan kepada Responden selaras dengan tatacara penyerahan di dalam s.38 Akta. Sesalinan juga hendaklah diserahkan kepada Adjudikator di dalam tempoh masa yang sama.

14. Selepas selesai penyerahan dokumen-dokumen ini kepada pihak-pihak yang terlibat termasuklah kepada Adjudikator maka berakhirlah fasa penyediaan dokumen-dokumen adjudikasi oleh kedua-dua pihak. Adjudikator akan menilai kandungan dokumen-dokumen ini dan akan menjalankan proses Adjudikasi sebagaimana yang difikirkan sesuai selaras dengan s.12 Akta.

peguam konsultan CIPAA



PENDAFTARAN ADJUDIKASI CIPAA

1. Selepas penyerahan Notis Adjudikasi kepada pihak Responden, langkah seterusnya yang perlu dilakukan oleh Pihak yang Menuntut adalah mendaftarkan tuntutan ke AIAC. Ini adalah selaras dengan s.32 Akta Pembayaran dan Adjudikasi Indutsri Pembinaan 2012 yang menetapkan bahawa AIAC adalah pihak berkuasa Adjudikasi yang bertanggungjawab, di antara lainnya, menyelenggara proses Adjudikasi.

2. Pendaftaran Adjudikasi dengan AIAC adalah mandatori. Pendaftaran tersebut boleh dilakukan dengan menyerahkan sesalinan Notis Pendaftaran Adjudikasi kepada Ketua Pengarah AIAC selaras dengan peruntukan di dalam Kaedah 2 (1) Peraturan dan Prosedur Adjudikasi AIAC (AIAC Adjudication Rules and Procedure).

3. Notis Pendaftaran Adjudikasi tersebut hendaklah menyatakan, di antara lainnya, butir-butir tuntutan, alasan dan juga tarikh luput pembayaran tuntutan, kertas-kertas kausa yang telah diserahkan dan diterima, dokumen-dokumen sokongan yang terlibat, butir-butir pihak-pihak yang terlibat serta bayaran pendaftaran.

 

subkontraktor cipaa

 


CIPAA melaka

 

KAJIAN KES TUNTUTAN CIPAA 2012 - IREKA ENGINEERING & CONSTRUCTION SDN BHD v PWC CORP SDN BHD

1. Kes ini adalah kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada Oktober 2019. Kes ini sangat penting kerana kes ini menjadi panduan utama dan kata muktamad tentang persoalan yang sering diperdebatkan di kalangan pengamal undang-undang sejak Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (CIPAA 2012) diperkenalkan; adakah CIPAA tergunapakai untuk kontrak pembinaan yang dimasuki sebelum akta itu diperkenalkan dan dikuatkuasakan.

2. Kes ini, bersama satu lagi kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan iaitu kes Jack-In Pile (M) Sdn Bhd v Bauer (M) Sdn Bhd, telah menjadi kes penanda aras (landmark) terbaharu yang akhirnya memberikan kata putus kepada persoalan tersebut.

3. Sebelum daripada keputusan di Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ireka Engineering dan Jack-In Pile diperolehi, kes yang kerap menjadi panduan pengamal undang-undang adalah kes UDA Holdings Bhd dan Bisraya Construction yang telah dilaporkan pada tahun 2015 yang memutuskan bahawa CIPAA beroperasi secara retrospektif iaitu kebelakang.

4. PWC telah mendapat subkontrak-subkontrak daripada Ireka sebelum CIPAA berkuatkuasa. Di dalam setiap kontrak terdapat klausa yang membenarkan Ireka membuat set off silang kontrak (cross contract set offs) yang bermaksud apa sahaja jumlah bayaran yang perlu dibuat oleh PWC kepada Ireka boleh di set off untuk mana-mana tuntutan yang dibuat oleh PWC.

5. PWC telah memulakan prosiding Adjudikasi untuk bayaran yang tidak dibayar manakala Ireka memfailkan tuntutan balas untuk set off silang kontrak tersebut. Adjudikator telah membenarkan tuntutan PWC dan menolak tuntutan balas Ireka. Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan PWC untuk menguatkuasakan Keputusan Adjudikasi dan menolak permohonan Ireka untuk mengenepikannya. Ireka seterusnya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

6. Dapatan menarik yang dapat diperolehi daripada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes ini adalah seperti berikut:

(a) CIPAA boleh terpakai untuk keadaan berbilang (multiple) dan bersilang kontrak dan tidak terhad kepada satu kontrak sahaja.

(b) CIPAA terpakai secara prospektif (kehadapan) dan bukan retrospektif (kebelakang)

The CIPAA did not contain any express provision to say that Parliament intended it to operate retrospectively. hence, any construction contract entered into before the commencement of the CIPAA and any payment dispute arising under such contract were not governed by CIPAA.

(c) CIPAA bukan sekadar undang-undang yang memperkenalkan forum (platform untuk membuat tuntutan) baru, tetapi ianya undang-undang yang memberi kesan terhadap hak-hak substantif pihak-pihak yang terlibat. Oleh yang demikian CIPAA tidak boleh terpakai secara retrospektif yang akhirnya akan menafikan hak-hak subtantif pihak-pihak melalui kontrak yang ditandatangani sebelum penguatkuasaan CIPAA.

7. Mahkamah Persekutuan turut telah memberikan dapatan secara terperinci berkenaan dapatan Mahkamah Tinggi di dalam kes UDA Holdings.

8. Jadi kesimpulannya, apa sahaja kontrak pembinaan yang dimasuki sebelum CIPAA dikuatkuasakan, CIPAA tidak akan terpakai.

konsultan CIPAA

 


apa itu cipaa

 TANGGUNGJAWAB ADJUDIKATOR DI DALAM PROSIDING CIPAA

1. Setelah seorang Adjudikator di pilih, samada secara pilihan bersama atau dipilih oleh Pengarah AIAC di atas permintaan mana-mana pihak, samada Pihak yang Menuntut atau Responden, Adjudikator tersebut perlu menjalankan tanggung jawab selaras dengan peruntukan Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (CIPAA 2012). 

2. Melalui pembacaan menyeluruh Akta, kita boleh simpulkan bahawa tanggungjawab seorang Adjudikator sebagaimana yang dinyatakan di dalam Akta, di antara lainnya, adalah seperti berikut:

(a) Seorang Adjudikator, seawal mendapat cadangan untuk dijadikan sebagai Adjudikator, perlulah menyatakan samada beliau bersetuju atau pun menolak cadangan tersebut di dalam masa yang telah ditetapkan.

(b) Sekiranya beliau bersetuju dengan perlantikan tersebut, seorang Adjudikator perlu menyatakan cadangan terma-terma perlantikan beliau, termasuklah cadangan fi yang perlu dibayar oleh pihak-pihak secepat mungkin dan memberi tempoh masa yang wajar dan munasabah untuk pihak-pihak membuat keputusan.

(c) Setelah terma-terma perlantikannya dipersetujui oleh pihak-pihak, seorang Adjudikator perlu membuat suatu perisytiharan secara bertulis, mengikut s.24 Akta bahawa beliau tidak mempunyai sebarang percanggahan kepentingan (conflict of interest) di dalam kes tersebut, beliau akan bertindak bebas, tepat dan mengikut waktu yang ditetapkan serta akan mengelak dari melakukan perbelanjaan yang tidak perlu dan juga beliau akan mematuhi prinsip keadilan asasi (natural justice).

(d) Seorang Adjudikator juga perlu menjalankan tanggungjawabnya selaras dengan kuasa yang diperuntukkan kepada beliau di dalam s.25 Akta serta ruang lingkup bidang kuasa sebagaimana yang dinyatakan di dalam s.27 Akta.

(e) Seorang Adjudikator juga perlu memastikan bahawa setiap arahan yang diberikan adalah jelas dan di dalam tempoh waktu yang ditetapkan oleh undang-undang.

(f) Seorang Adjudikator juga perlu memastikan bahawa setiap satu tuntutan dan juga pembelaan adjudikasi yang dinyatakan di dalam kertas kausa diberi penilaian dengan sempurna dan saksama.

(g) Seorang Adjudikator itu tidak membuat keputusan secara tidak wajar melalui fraud (penipuan) dan suapan (rasuah).

(h) Seorang Adjudikator juga perlu menjaga kerahsiaan maklumat proses Adjudikasi melainkan pengecualian yang di tetapkan di dalam s.20 Akta.

3. Kenapakah perlaksanaan tanggungjawab ini penting dan perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak? Ianya berkait rapat dengan elemen keadilan asasi. Majoriti besar kes-kes yang terpaksa di rujuk ke Mahkamah adalah disebabkan oleh pihak-pihak mendakwa bahawa tanggungjawab ini tidak di jalankan mengikut kehendak Akta dan keadilan asasi telah dinafikan.

4. Oleh yang demikian, bukan sahaja Adjudikator perlu menjalankan tanggungjawabnya mengikut ketetapan undang-undang, malah pihak-pihak yang terlibat di dalam proses Adjudikasi juga perlu memberi perhatian terhadap tugas-tugas yang dijalankan oleh Adjudikator bagi memastikan keputusan yang diperolehi adalah keputusan yang adil dan saksama.  

CIPAA Kelantan


CIPAA kelantan

PROSES PERLANTIKAN ADJUDIKATOR BAGI TUNTUTAN CIPAA 2012

1. Di dalam rencana yang lepas, kami telah memberikan penekanan terhadap proses penyerahan Notis Adjudikasi. Ini adalah kerana di dalam tempoh masa yang ditetapkan selepas proses penyerahan Notis Adjudikasi, pihak-pihak perlu melantik seorang Adjudikator.

2. S.21 Akta telah menjelaskan bahawa seorang Adjudikator boleh di lantik melalui salah satu daripada dua cara. Yang pertama adalah melalui perlantikan bersama. Perlantikan bersama ini boleh di lakukan apabila kedua-dua pihak yang terlibat di dalam proses Adjudikasi (Pihak yang Menuntut dan Responden) bersetuju untuk melantik Adjudikator yang sama.

3. Pihak yang menuntut hendaklah memberitahu Adjudikator yang hendak dilantik secara bertulis di dalam waktu yang ditetapkan dan memberikan sesalinan Notis Adjudikasi kepada beliau. Di dalam tempoh masa tersebut Adjudikator akan mencadangkan fi perkhidmatan beliau dan syarat-syarat lain perlantikan beliau. 

4. Adjudikator tersebut hendaklah memberikan jawapan terhadap perlantikan beliau di dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya gagal memberikan jawapan di dalam tempoh masa tersebut, pihak-pihak boleh melantik Adjudikator lain ataupun menggunakan cara perlantikan yang kedua; meminta perlantikan di lakukan oleh Pengarah AIAC.

5. Perlantikan melalui Pengarah AIAC boleh dilakukan apabila (a) salah satu pihak di dalam proses Adjudkasi membuat permohonan perlantikan kerana tiada persetujuan di antara kedua-dua pihak untuk membuat perlantikan bersama; ataupun (b) mana-mana pihak membuat permintaan perlantikan.

6. Di dalam waktu yang ditetapkan, Pengarah AIAC akan melantik seorang Adjudikator selepas menerima permintaan daripada salah satu pihak. Makluman perlantikan tersebut akan diberitahu kepada pihak-pihak dan Adjudikator tersebut secara bertulis.

7. Sekali lagi, Adjudikator yang dilantik akan mencadangkan fi perkhidmatan dan syarat-syarat perlantikan beliau. Sekiranya tiada persetujuan di capai atau Adjudikator tersebut tidak memberikan jawapan, maka Pengarah AIAC boleh melantik Adjudikator lain. Proses sama akan diulangi sehingga terdapat persetujuan dan penerimaan di antara Adjudikator dan pihak-pihak yang terlibat.

tuntutan CIPAA kelantan

 

CIPAA kelantan

PERMULAAN ADJUDIKASI CIPAA MELALUI NOTIS ADJUDIKASI

1. Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (CIPAA) telah memberikan hak kepada Pihak yang Menuntut untuk memulakan proses Adjudkasi terhadap Responden apabila Responden:

(a) Responden, melalui Respons Pembayaran, telah menafikan keseluruhan Tuntutan Pembayaran yang di buat terhadapnya;

(b) Responden, melalui Respons Pembayaran, telah menafikan sebahagian daripada Tuntutan Pembayaran yang di buat terhadapnya; atau

(c) Responden tidak memfailkan sebarang Respons Pembayaran yang memberi maksud bahawa keseluruhan Tuntutan Pembayaran adalah dinafikan.

2. Setelah tamat tempoh penyerahan Respons Pembayaran oleh Responden, atau tempoh masa untuk Responden menyerahkan Respons Pembayaran telah luput dan Responden masih gagal memfailkan Respons Pembayaran (keadaan c), maka Pihak yang Menuntut kini berhak untuk merujuk pertikaian kepada proses Adjudikasi selaras dengan peruntukan CIPAA.

3. Untuk merujuk pertikaian kepada proses Adjudikasi, Pihak yang Menuntut (ataupun Responden), hendaklah menyedia dan menyerahkan satu dokumen yang dinamakan sebagai Notis Adjudikasi. 

4. Notis Adjudikasi adalah sejenis notis bertulis tentang Adjudikasi yang perlu mengandungi, di antara lainnya, sifat dan perihal pertikaian dan remedi/pembayaran yang diminta berserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang ingin digunakan.

5. Notis Adjudikasi ini perlu diserahkan kepada Responden. Penyerahan ini bertujuan untuk memberikan makluman kepada pihak Responden bahawa Pihak yang Menuntut berhasrat untuk memulakan prosiding Adjudikasi. 

6. Penyerahan Notis Adjudikasi ini amatlah penting kerana ia memberi isyarat bahawa tempoh masa-tempoh masa yang perlu ditepati oleh kesemua pihak termasuk Adjudikator bagi setiap proses seterusnya telahpun bermula.

7. Sesalinan Notis Adjudikasi ini juga perlu diserahkan kepada pihak AIAC.

8. Perkara utama yang tidak boleh diambil mudah sewaktu fasa Notis Adjudikasi ini adalah proses penyerahan Notis Adjudikasi. Ini kerana pematuhan cara penyerahan selaras dengan ketetapan undang-undang boleh dianggap sebagai mandatori. 

9. S.38 Akta telah memberikan panduan yang jelas berkenaan dengan bagaimana cara dan proses penyerahan ini boleh dibuat. Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan lanjut.


CIPAA kelantan

 

tuntutan CIPAA

APA ITU TUNTUTAN PEMBAYARAN DAN RESPONS PEMBAYARAN?

1. Bagi subkontraktor yang ingin membuat tuntutan, persoalan utama adalah; bagaimana untuk memulakan tuntutan dibawah Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (CIPAA 2012)? Apakah langkah pertama yang perlu diambil? Apakah dokumen yang perlu disediakan? 

2. Setelah memastikan semua syarat-syarat yang ditetapkan bagi membolehkan sesuatu kes itu dituntut melalui CIPAA telah dipenuhi, dan kes itu tidak termasuk dibawah mana-mana pengecualian di bawah Akta, maka Pihak yang Menuntut boleh lah menyedia dan menghantar satu dokumen yang dikenali sebagai Tuntutan Pembayaran kepada Responden.

Apakah dia Tuntutan Pembayaran (Payment Claims)?

3. Apakah dia Tuntutan Pembayaran? Tuntutan Pembayaran adalah sejenis dokumen yang mengandungi, di antara lainnya, jumlah amaun yang ingin dituntut, butir-butir kerja-kerja atau perkhidmatan pembinaan yang telah disiap dan disempurnakan dan juga rujukan-rujukan kepada klausa-klausa yang terkandung di dalam Perjanjian Pembinaan yang memberi hak untuk membuat tuntutan pembayaran dibuat secara terperinci. . 

4. Kami menekankan bahawa adalah sangat penting untuk sesuatu Tuntutan Pembayaran itu mengandungi kesemua elemen-elemen yang telah ditetapkan di bawah s.5 (2) Akta. 

5. Mahkamah di dalam beberapa kes telah menyatakan dengan jelas bahawa pematuhan syarat-syarat kandungan Tuntutan Pembayaran itu adalah wajib, ketat dan mandatori. 

6. Mahkamah Rayuan di dalam kes View Esteem Sdn Bhd v Bina Puri Holdings Bhd menyatakan seperti yang berikut:

Arriving at CIPAA 2012 Adjudication Award is a two stage process. Parties at this stage may settle the matter and if the matter is not settled, the dispute as borned out in the payment claim and response can only be referred to the adjudicator. This is statutorily a strict requirement as set out in section 27, thereby making the first stage as important stage in the adjudication process.

7. Mahkamah Tinggi di dalam kes Giatreka Sdn bhd v SGW Engineering Construction Sdn Bhd telah menyatakan seperti berikut:

There is hence no doubt that compliance of the requirements set out in s.5(2) of the CIPAA is strict and mandatory.

8. Kegagalan untuk mematuhi syarat kandungan Tuntutan Pembayaran adalah kesilapan yang fatal. Bukan sahaja kegagalan tersebut boleh menyebabkan mana-mana amaun yang dituntut terkemudian, ditolak oleh Adjudikator bahkan lebih teruk ia boleh menyebabkan Prosiding dan Keputusan Adjudikasi di anggap sebagai terbatal (null) secara keseluruhan. 

9. Ini adalah sebagaimana dapatan Mahkamah Tinggi di dalam kes Terminal Perintis Sdn Bhd v Tan Ngee Hong Construction Sdn Bhd yang telah menyatakan seperti berikut:

It is part of the legislative intent that if there is non-compliance with a basic and essential requirement of CIPAA with respect to a payment claim under section5, the Adjudication proceedings and the Decision made would be a nullity. 

10. Tuntutan Pembayaran, selepas itu, hendaklah diserahkan kepada Responden (mengikut syarat yang ditetapkan di dalam s.38 Akta) dan anda perlu memastikan bahawa bukti penyerahan dapat diperolehi dan disimpan dengan sebaiknya.

11. Selepas Responden menerima Tuntutan pembayaran daripada Pihak yang Menuntut, Responden mempunyai 3 pilihan mengikut ketetapan s.6 Akta.

i) Responden menyediakan sejenis dokumen yang dipanggil Respons Pembayaran dan mengakui keseluruhan atau sebahagian tuntutan yang disampaikan kepadanya.

ii) Responden menyediakan Respons Pembayaran dan mempertikaikan keseluruhan atau sebahagian daripada tuntutan tersebut melalui Respons Pembayaran.

iii) Responden tidak berbuat apa-apa dan tidak menjawab Tuntutan Pembayaran tersebut.

Apakah dia Respons Pembayaran (Payment Responce)

12. Respons Pembayaran adalah sejenis dokumen yang menjawab segala dakwaan dan tuntutan-tuntutan yang di buat keatas Responden. Ianya berfungsi sebagai dokumen pembelaan terhadap kesemua tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh Pihak yang Menuntut.

13. Justeru itu, kami menekankan bahawa adalah sangat penting untuk Responden memastikan setiap satu tuntutan yang dibuat oleh Pihak yang Menuntut dijawab secara satu persatu secara terperinci.

14. Sekiranya Responden menafikan keseluruhan atau sebahagian tuntutan, pihak Responden perlu memastikan bahawa kesemua pembelaan-pembelaan yang ingin digunakan, telah dinyatakan di dalam Respons Tuntutan. 

15. Ketinggalan atau kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Adjudikator menolak untuk mengambil kira sebarang pembelaan baru yang ingin digunakan kemudian. Dalam erti kata lain, kesemua alasan-alasan di atas keengganan Responden untuk membuat pembayaran hendaklah dinyatakan.

16. Ini juga termasuk sebarang set-off atau tuntutan balas yang ingin dituntut terhadap Pihak yang Menuntut. 

17. Kesimpulannya, Tuntutan Bayaran dan Respons Bayaran adalah asas kepada sesuatu tuntutan pembayaran melalui CIPAA. Jadi amat lah penting pihak-pihak yang terlibat untuk menyediakan dokumen-dokumen ini dengan penuh teliti dan terperinci. 

18. Malah di dalam beberapa kes Mahkamah, sebarang kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat kandungan dokumentasi mengikut s.5 dan s.6 Akta tidak boleh diperbetulkan melalui s.26 Akta yang memberi kuasa kepada Adjudikator untuk menganggap mana-mana kesilapan yang terkandung di dalam Tuntutan dan Respons Pembayaran sebagai ketidakaturan semata-mata.

19. Mahkamah Tinggi di dalam kes Broadway Power Sdn Bhd v Eden Construction menyatakan seperti berikut:

Applying the legal principles on 2. 26 CIPAA to the instant case, failure by the Plaintiff to state a due date for payment in the Payment Claim cannot, in my opinion, be regarded as a mere procedural irregularity that us pardonable or correctable, but one that concerns a mandatory requirement under para 5 (2) (a) CIPAA. Section 26 would not apply to such non-compliance.

20. Memastikan Tuntutan Pembayaran disediakan selaras dengan peruntukan akta bukan sahaja bertujuan untuk mengurangkan potensi keraguan semasa proses Adjudikasi, malah ianya untuk memastikan Adjudikator mempunyai bidang kuasa dan dapat membuat penilaian melalui kesemua penjuru fakta dengan sempurna dan teliti tanpa mengabaikan walau satu pun fakta yang anda rasakan penting untuk tuntutan atau jawapan anda.

21. Secara kesimpulannya kita boleh lihat bahawa peranan seorang konsultan adalah sangat penting bagi memastikan Tuntutan Pembayaran (dan juga Respons Pembayaran) telah memenuhi kehendak Akta memandangkan kegagalan mematuhi ketetapan mempunyai akibat yang merugikan anda kelak.


     

pengarah aiac 2020

PERLANTIKAN PENGARAH PUSAT TIMBANG TARA ANTARABANGSA ASIA (AIAC) BARU

Melalui kenyataan media Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertarikh 16.11.2020, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk melantik Tan Sri Datuk Suriyadi Bin Halim Omar sebagai Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) yang baru bagi mengisi kekosongan dek kerana pemergian pengarah terdahulu mendiang En. Vinayak P. Pradhan yang meninggal dunia pada 8.3.2020 yang lalu.

Kenyataan Media tersebut boleh dibaca DI SINI.

 

 

perjanjian cipaa

CIPAA 2012 DAN DEFINISI KONTRAK PEMBINAAN BERTULIS

1. Di antara salah satu daripada syarat utama sebelum sesuatu tuntutan pembayaran untuk kerja-kerja pembinaan boleh dituntut melalui Akta Pembayaran dan Adjudikasi Indutsri Pembinaan 2012 (CIPAA 2012) adalah kontrak pembinaan tersebut hendaklah di dalam bentuk secara bertulis.

2. Bukan sedikit kes-kes yang dirujuk di Mahkamah untuk memutuskan isu samada sebuah kontrak yang dimasuki secara oral/mulut termasuk di bawah bidang kuasa CIPAA atau sebaliknya. Amnya sebuah kontrak pembinaan itu hendaklah dimasuki secara bertulis sebelum ianya boleh terangkum di dalam bidang kuasa CIPAA.

3.Malangnya, CIPAA tidak memberikan definisi khusus tentang apa yang dimaksudkan dengan terma "secara bertulis". Maksud tradisional "secara bertulis" sudah pastinya tidak diragui. Sebuah kontrak yang dicetak di atas helaian kertas dan boleh didapati dalam bentuk fizikal. Namun bagaimana pula dengan arahan-arahan di dalam bentuk digital seperti email ataupun mesej whatsapp?

4.Mujurlah Mahkamah Tinggi di dalam kes Uzma Engineering v Khan Co ltd telah sedikit sebanyak memberikan panduan bagaimana untuk mendefinisikan "secara bertulis". Mahkamah telah menjelaskan seperti berikut:

CIPAA does not define the phrase "in writing". Part I of Interpretation Act applies to CIPAA by virtue of s.2 (1) (a) of the Interpretation Act because CIPAA is enacted after 18.5.1967. Section 3 IA - has provided for the following meaning of "writing" and "written" -

"writing" or "written" includes typewriting, printing, lithography, photography, electronic storage or transmission or any other method or fixing information in a form capable of being preserved.

5. Memandangkan CIPAA tidak memberikan definisi khusus untuk "secara bertulis" maka Akta Tafsiran 1948 & 1967 adalah digunapakai. Ini bermaksud apa-apa dokumen yang mengandungi arahan yang dihantar melalui email atau whatsapp, tertakluk kepada syarat-syarat yang terpakai, boleh dirujuk di dalam adjudikasi CIPAA.

6. Bagaimana pula sekira kotrak tersebut dibuat secara bertulis dan terdapat arahan-arahan terkemudian yang dibuat secara oral? Adakah Adjudikator mempunyai bidang kuasa untuk menilai tuntutan berdasarkan kontrak sebegini? Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi kami secepat mungkin.

apa itu CIPAA


 

COVID ACT 2020 CONSTRUCTION INDUSTRY

IMPLIKASI DAN KESAN AKTA COVID-19 (AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI MENGURANGKAN KESAN PENYAKIT KORONAVIRUS 2019) (2020) TERHADAP INDUSTRI PEMBINAAN.

1. Pada sekitar bulan Ogos, 2020, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (2020) (Temporary Measures for Reducing the Impact of Coronavirus disease 2019 Act). Pada 23 Oktober 2020, Akta Covid 19 (2020) telah diwartakan dan seterusnya dikuatkuasakan.

2. Bagi mengurangkan impak daripada pengaplikasian undang-undang yang berkaitan, beberapa Akta dan Ordinan telah diubahsuai melalui Akta Covid-19 ini dengan harapan ianya dapat memberi sedikit ruang dan keringanan kepada pihak-pihak yang terlibat yang mungkin berhadapan dengan pelbagai tindakan undang-undang dek tempias pandemik Covid-19 ini.

3. Di antara 16 Akta-Akta yang diubahsuai selaras dengan peruntukan Akta Covid ini adalah Akta Had Masa 1953, Akta Insolvensi 1967, Akta Sewa Beli 1967 dan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966. Pengubahsuaian ini akan berkuat kuasa selama dua tahun dari tarikh 23 Oktober 2020 (boleh baca DISINI).

4. Apakah implikasi penguatkuasaan Akta Covid-19 ini keatas industri pembinaan? Secara umumnya terdapat dua peruntukan khusus yang akan memberi kesan kepada industri Pembinaan.

(a) Pengenalan kepada Perkhidmatan Pengantaraan Pusat Mediasi Covid-19 (PMC-19).

(b) Pengubahsuaian Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966.

Apakah itu Perkhidmatan Pengantaraan Pusat Mediasi Covid-19 (PMC-19)? 

5. PMC-19 adalah satu platform yang telah diwujudkan untuk menyelesaikan pertikaian diantara pihak-pihak yang tidak dapat melaksanakan mana-mana kewajipan kontrak gara-gara Pandemik selama mana kontrak tersebut adalah terangkum di dalam ketegori kontrak di dalam Jadual Seksyen 7 Akta Covid-19 dan dengan nilai pertikaian sebanyak RM300,000.00 kebawah..

6.  Seksyen 9 Akta Covid-19 menggariskan bahawa apa-apa pertikaian berkenaan dengan apa-apa ketidakupayaan mana-mana pihak untuk melaksanakan kewajipan dan obligasi kontrak  disebabkan oleh Pandemik boleh menyelesaikan pertikaian tersebut melalui proses Pengantaraan (mediation) di mana sekiranya persetujuan dicapai melalui proses tersebut suatu perjanjian penyelesaian hendaklah ditandatangani oleh pihak-pihak dan disahkan oleh mediator yang di lantik.

7. Salah satu daripada 7 kategori kontrak yang disenaraikan di dalam Jadual Seksyen 7 Akta Covid-19 adalah kontrak kerja pembinaan atau kontrak perundingan pembinaan dan apa-apa kontrak lain yang berhubungan dengan pembekalan bahan, kelengkapan atau pekerja pembinaan yang berkaitan dengan suatu kontrak pembinaan.

8. Ini bermakna mana-mana pihak yang mempunyai pertikaian berkenaan dengan kerja dan rundingan pembinaan akibat daripada kegagalan perlaksanaan tanggungjawab kontrak disebabkan oleh perintah-perintah kerajaan yang berkaitan dengan pandemik dan amaun pertikaian tersebut tidak lebih daripada RM300,000.00, mereka mempunyai pilihan untuk merujuk pertikaian ke PMC-19.

Apakah Pengubahsuaian yang dilakukan melalui Akta Covid -19 keatas Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966?

9. Pengubahsuaian yang pertama adalah berkenaan dengan caj pembayaran lewat (late payment charges). S.34 Akta Covid-19 menyatakan bahawa sekiranya pembeli gagal untuk membuat apa-apa bayaran ansuran dari tempoh 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020, Pemaju tidak boleh mengenakan apa-apa caj pembayaran lewat keatas tunggakan tersebut.

10. Pengubahsuaian yang kedua adalah berkenaan dengan penyerahan milikan kosong (delivery of vacant possession) dan gantuirugi jumlah tertentu (liquidated ascertained damages). S.35 (1) Akta Covid-19 menyatakan bahawa tempoh 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020 tidak akan dikira sebagai masa penyerahan milikan kosong dan juga tidak dikira untuk tujuan pengiraan bayaran gantirugi LAD.

11. S.35 (4) Akta Covid-19 pula menyatakan sekiranya pembeli tidak boleh mengambil pemilikan untuk menduduki kediaman dari tarikh penyampaian notis pengambilan milikan kosong semasa tempoh 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020, pembeli tersebut tidak boleh disifatkan telah mengambil milikan kosong tersebut. 

12. Pengubahsuaian yang ketiga adalah berkenaan dengan tempoh liabiliti kecacatan (Defect Liability Period). S.36 Akta Covid menggariskan bahawa tempoh 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020 akan dikecualikan daripada pengiraan tempoh:

(a) tempoh pembeli menuntut liabiliti kecacatan terhadap pemaju; dan

(b) tempoh untuk pemaju menjalan kerja-kerja pembaikan kecacatan.

Akta Covid Construction Industry

   

apa itu cipaa?

APAKAH MAKSUD KERJA PEMBINAAN DI BAWAH CIPAA 2012?

1. Mengikut s.2 Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 20122 (CIPAA 2012), CIPAA adalah terpakai bagi setiap kontrak bagi kerja pembinaan yang dibuat secara bertulis di mana kerja pembinaan tersebut telah disempurnakan sepenuhnya atau sebahagiannya di dalam wilayah Malaysia. Apa yang dimaksudkan dengan "kerja pembinaan"? 

2. Mengikut tafsiran s.4 Akta, "Kerja Pembinaan" ditafsirkan sebagai apa-apa kerja yang melibatkan:

(a) pembinaan (construction)

(b) penyambungan (extension)

(c) pemasangan (installation)

(d) pembaikan (repair)

(e) penyenggaraan (maintenance)

(f) pembaharuan (renewal)

(g) pemindahan (removal)

(h) pengubahsuaian (renovation)

(i) pengubahan (alteration)

(j) perombakan (dismantling)

(k) perobohan (demolition)

/sesuatu bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, dinding, pagar atau ceroboh yang dibina di atas atau dibawah paras bumi; atau

/sesuatu jalan, kerja pelabuhan, landasan keretapi, talian kabel, terusan atau padang terbang; atau

/sesuatu kerja saliran, pengairan dan kawalan sungai; atau

/sesuatu kerja elektrik, mekanilan, air, gas, minyak, petrokimia dan telekomunikasi; atau

/sesuatu jambatan, empangan, takungan, kerja tanah, talian paip, salur najis, akueduk, pembetung, pemacu, syaf, terowong atau kerja penebusgunaan.

3. Bagaimana pula persediaan yang dilakukan sementara untuk menyempurnakan kerja-kerja pembinaan yang dinyatakan di atas seperti pembersihan tapak, penyelidikan, pembaikan tanah, pemindahan tanah, penggalian, perletakan batu asas, pemulihan tanah dan juga lanskap? Bayaran untuk kerja-kerja ini juga dianggap sebagai "Kerja Pembinaan" selama mana boleh dibuktikan bahawa ianya adalah bahagian penting kepada kerja-kerja yang bakal dilakukan.

4. Apa pula terjadi sekiranya anda telah membeli dan memperoleh bahan binaan, kelengkapan atau pekerja untuk menyempurnakan kerja-kerja pembinaan tersebut? Ini juga dianggap sebagai "Kerja Pembinaan".

5. Begitu juga kerja-kerja perkhidmatan rundingan pembinaan, selama mana ianya berhubung dengan kerja-kerja pembinaan, tuntutan bayaran untuk perkhidmatan yang telah disempurnakan boleh di tuntut melalui CIPAA. Bukan sahaja tuntutan boleh dibuat untuk kajian perancangan, kesenibinaan, kejuruteraan, pengukura bahan, pengurusan projek malah termasuk juga hiasan dalaman dan luaran dan juga lanskap.

6. Walaubagaimana pun, untuk mendapatkan kepastian samada tuntutan anda termasuk di dalam apa yang didefinisikan sebagai Kerja Pembinaan, adalah disyorkan mendapatkan penjelasan lanjut daripada konsultan dan peguam pilihan, ataupun hubungi sahaja kami.



  


Akta CIPAA bahasa melayu

KANDUNGAN AKTA PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN 2012 (CIPAA 2012)

1. Sebelum ini kami telah memberikan sedikit sebanyak penerangan tentang objektif, fungsi dan keterpakaian Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembayaran. Bagaimana pula dengan kandungan Akta itu sendiri?

2. CIPAA secara umumnya mengandungi 41 seksyen yang merangkumi 4 bahagian. Ianya mengandungi peruntukan yang komprehensif melibatkan, di antara lainnya, mekanisme atau rejim Adjudikasi itu sendiri.

3. Bahagian Pertama CIPAA secara umumnya (broadly) memberikan peruntukan berkenaan dengan proses sebelum perlantikan seorang Adjudikator dimana Tuntutan Bayaran dan Respons hendaklah saling diserahkan oleh pihak-pihak terlibat kepada satu sama lain. Bahagian pertama ini adalah menjadi asas kepada sesuatu tuntutan Adjudkasi itu nanti.

4. Bahagian Kedua CIPAA pula melibatkan proses perlantikan seorang Adjudikator untuk menjalankan proses Adjudikasi dan menyelesaikan pertikaian di antara pihak-pihak yang terlibat. Bahagian ini juga memperuntukkan dokumen-dokumen Adjudikasi seperti Tuntutan, Respons dan Jawapan yang perlu disedia dan diserahkan oleh pihak-pihak yang terbabit. Selain itu, terdapat juga panduan komprehensif tentang kuasa seorang Adjudikator.

5. Bahagian Ketiga CIPAA mengandungi peruntukan yang melibatkan prosiding Adjudikasi itu sendiri, dimana Adjudikator akan mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan tuntutan serta membuat keputusan. 

6. Bahagian Keempat CIPAA memperuntukan panduan-panduan berkenaan dengan perlaksanaan Keputusan Adjudikasi CIPAA, dimana pihak yang memperolehi Keputusan Adjudikasi boleh menguatkuasakan Keputusan tersebut melalui proses Mahkamah.

adjudikator CIPAA

 

apa itu CIPAA

KAJIAN KES CIPAA 2012 - GUANGXI DEV & CAP SDN BHD v SYCAL BHD

1. Kes Guangxi Dev & Cap Sdn Bhd v Sycal Bhd adalah sebuah kes yang diputuskan di Mahkamah Rayuan pada September 2018. Kes ini menjadi rujukan utama di dalam mendapatkan perincian berkenaan dengan bidang kuasa Adjudikator dan di dalam keadaan bagaimana tindakan seseorang Adjudikator di bawah Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (CIPAA 2012) boleh di anggap sebagai menafikan keadilan asasi (Natural Justice).

2. Guangxi, yang merupakan Perayu di dalam kes ini telah melantik Sycal, Responden, untuk mereka bentuk dan membina kondominium 18 tingkat yang turut mengandungi tempat letak kereta bertingkat, unit kedai, kemudahan awam, pencawang elektrik serta pondok pengawal di Ampang, Selangor. Setelah berlaku pertikaian, Responden telah memulakan proses timbangtara dan juga dua proses Adjudikasi terhadap Perayu.

3. Di Mahkamah Tinggi, Responden telah memfailkan permohonan untuk menguatkuasakan Keputusan Adjudikasi yang diperolehi manakala Perayu telah memfailkan permohonan untuk mengenepikan Keputusan Adjudikasi tersebut. Perayu menggunakan alasan bahawa kegagalan Adjudikator untuk mengambil kira permohonan Perayu untuk memanggil saksi-saksi pakar (expert witnesses) untuk memberikan keterangan semasa proses adjudikasi adalah penafian keadilan asasi sebagaimana yang termaktub di dalam s.15 (b) Akta. 

4. Mahkamah Tinggi telah memutuskan untuk membenarkan permohonan Responden dan menolak permohonan Perayu. Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Perayu telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

4. Dapatan menarik yang dapat diperolehi daripada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes ini adalah seperti yang berikut:

(a)  sesuatu permohonan untuk pendengaran keterangan saksi secara oral hendaklah dibuat seawal yang mungkin dan Adjudikator yang menolak permohonan tersebut, apatah lagi permohonan yang dibuat seawal mungkin, adalah dianggap sebagai menafikan keadilan asasi.

We agree that any application for an oral hearing must be considered on its merits - A request for an oral hearing cannot be denied purely on the ground that time is limited especially in a case where the application to do so had been made at the earliest opportunity. 

(b) Adjudikator hendaklah mengambilkira kesemua pembelaan yang dinyatakan di dalam kesemua kertas kausa yang diserahkan kepadanya. Kegagalan berbuat demikian bererti seseorang Adjudikator itu telah gagal untuk menjalankan tugas beliau dengan sempurna.

In any event, the refusal of the Adjudicator to consider the defence,, or at least the preliminary Report, on the basis that it was not raised in the Payment Response, goes against the federal Court decision in View Esteem. The law as it stands now is that the Adjudicator is obligated to consider all defences raised by a respondent in the Adjudication Response. If the Adjudicator fails to do so, he or she does not properly perform the task which he or she has been appointed to do and can be said to have been not acted in accordance with natural justice.

kes CIPAA terbaru


 

Apa itu CIPAA?

TUNTUTAN CIPAA - KEADAAN BILA CIPAA TIDAK TERPAKAI

1. Sebelum ini, kita cuba memahami di dalam keadaan yang bagaimana Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 ataupun Construction Industry Payment and Adjudication Act 2012 boleh diguna pakai. Kali ini, kita akan melihat salah satu keadaan bagaimana tuntutan tidak boleh dibuat di bawah CIPAA. Perlu diingatkan bahawa ianya tidak bermaksud tuntutan tidak boleh dibuat melalui medium alternatif yang lain seperti tuntutan melalui Mahkamah dan Arbitrasi.

2. S.3 Akta menggariskan bahawa CIPAA tidak terpakai bagi kontrak pembinaan yang dibuat oleh orang perseorangan bagi apa-apa pembinaan bangunan yang tingginya adalah tiga tingkat dan kebawah yang mana keseluruhan bangunan tersebut adalah untuk tujuan didudukinya sendiri.

Contoh: Ali telah melantik Norco Construction untuk membina ataupun membuat ubah suai keatas banglo dua tingkat yang didiaminya yang terletak di Ampang, Selangor. Norco Construction telah menyempurnakan keseluruhan atau sebahagian daripada projek pembinaan tersebut namun Ali telah gagal untuk membuat pembayaran bagi kerja-kerja pembinaan yang telah  disempurnakan. Norco Contstruction tidak boleh membuat tuntutan pembayaran melalui CIPAA.

3. Mengapa Norco Construction tidak boleh membuat tuntutan melalui CIPAA? Kerana tuntutan tersebut terangkum (caught) dan terbelenggu didalam pengecualian yang diperuntukkan oleh s.3 Akta. Ini bermakna tuntutan Norco Construction tersebut adalah diluar bidang kuasa (jurisdiction) CIPAA. 

4. Walaupun begitu, Ali perlu menyatakan bantahan beliau seawal yang mungkin.

5. Pada bulan Ogos 2020, terdapat satu kes yang menarik perhatian berkenaan dengan interpretasi perkataan "occupation" yang termaktub di dalam s.3 Akta. Di dalam kes Liew Piang Voon v WLT Project Management Sdn Bhd, Plaintif telah memfailkan satu Saman Pemula untuk mendapatkan pengisytiharan Mahkamah bahawa tuntutan Defendan tidak boleh termasuk di dalam bidang kuasa CIPAA.

6. Apa yang berlaku adalah Plaintif telah melantik Defendan untuk menjalankan projek ubah suai ke atas banglo dua tingkat milik beliau dengan tujuan untuk menjadikan banglo tersebut sebagai pusat asuhan kanak-kanak yang akan diuruskan oleh anak perempuan Plaintif. Di atas dakwaan bahawa kerja yang di jalankan itu tidak memuaskan, Plaintif enggan membuat bayaran bagi kerja-kerja yang telah di jalankan.

7. Defendan melalui peguamcaranya, telah menyerahkan surat menyatakan niat untuk merujuk pertikaian tersebut kepada proses adjudikasi dibawah CIPAA. Isu utama yang diperdebatkan adalah interpretasi perkataan "occupation". 

8. Plaintif menghujahkan bahawa memandangkan tapak pembinaan tersebut adalah sebuah rumah banglo maka sebarang tuntutan melalui CIPAA adalah terhalang disebabkan s.3 Akta. Manakala Defendan pula mengusulkan pandangan bahawa s.3 tidak terpakai kerana tujuan ubah suai tersebut dijalankan adalah untuk membolehkan rumah banglo tersebut digunakan untuk tujuan komersial dan bukan untuk diduduki.

9. Hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di dalam kes tersebut, Yang Arif Dato' Lim Chong Fong telah memutuskan seperti berikut:

After careful reading and deliberation, I find and hold that the word "occupation" in s.3 of the CIPAA should be literally interpreted based on its natural and ordinary meaning. There is no express restructive words that it must be for residential purposes only - thus the word "occupation" should be given its widest significance - consequently I further find and hold that s.3 of the CIPAA will be attracted even if the Premisses is occupied for use as commercial purposes such as running the kindergarten. 

10. Mahkamah telah menolak permohonan Plaintif tersebut dan memberikan dapatan bahawa Defendan boleh membuat tuntutan melalui CIPAA dan tidak terbelenggu (unshackled) oleh s.3 Akta kerana walaupun interpretasi "occupation" tersebut tidak dihadkan hanya untuk tujuan kediaman (residential) semata-mata dan turut termasuk sebarang tujuan komersial, s.3 tidak boleh digunapakai kerana rumah banglo tersebut akan diuruskan oleh anak perempuan Plaintif dan bukan dirinya sendiri.

11. Sebagai kesimpulan, untuk menggunakan s.3 Akta bagi mencabar keterpakaian CIPAA, kesemua syarat-syarat s.3 Akta perlu lah di penuhi. Untuk mendapatkan perincian lebih lanjut mengenai syarat-syarat tersebut, anda bolehlah berhubung dengan kami.  

CIPAA bumiputera


Apa itu CIPAA?
 

DEFINISI HARI BERKERJA MENGIKUT CIPAA 2012

1. Sepertimana yang kita sedia maklum, CIPAA 2012 adalah satu undang-undang baru yang masih di dalam fasa pemahaman dan interpretasi. Tanggungjawab ini telah dipikul oleh Mahkamah dan juga barisan peguam yang berwibawa menerusi kes-kes yang dikendalikan oleh mereka.

2. Salah satu definisi penting yang kerap dipandang remeh namun sebenarnya memberi impak yang sangat penting di dalam satu permohonan yang menjadikan masa sebagai asas adalah definisi dan interpretasi "Hari Berkerja".

3. Walaupun s.4 Akta telah memberikan definisi khusus kepada "Hari Berkerja" iaitu hari kalendar tidak termasuk hari minggu dan cuti umum di dalam negeri atau kawasan persekutuan mengikut lokasi tempat pembinaan (construction site) itu berada, namun interpretasi ini tidak terpakai kepada Adjudikator.

4. Di dalam kes Encorp Iskandar Development Sdn Bhd v Konsortium Ipmines Merz Sdn Bhd, hakim di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Yang Arif Datuk Wong Kian Kheong telah menetapkan bahawa definisi "Hari Berkerja" di dalam s.4 Akta tidak terpakai kepada s.12 (2) (a) dan (b) Akta.

5. S.12 (2) (a) dan (b) Akta menyatakan bahawa seorang Adjudikator perlu membuat dan menyerahkan keputusan terhadap apa-apa pertikaian di dalam masa 45 hari dari (a) tarikh penyerahan Respons Adjudikasi dan Jawapan Adjudikasi, yang mana terkemudian; atau (b) tarikh akhir tempoh penyerahan Respons Adjudikasi sekiranya dokumen tersebut tidak diserahkan.

6. Mahkamah menyatakan dapatan bahawa "Hari Berkerja" bagi maksud s.12 (2) (a) atau (b) Akta dikira berdasarkan di mana Adjudikator itu berkerja dan bukannya di mana tapak pembinaan tersebut berada seperti mana di dalam s.4 Akta.

7.  Apakah perbezaan yang dinyatakan dan mengapa definisi ini penting di dalam sesuatu tuntutan di bawah CIPAA 2012 serta impaknya di dalam permohonan untuk mencabar sesuatu tindakan Adjudikator? Hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut. 

 

CIPAA consultant


 

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

RENCANA POPULAR

  • KAJIAN KES TUNTUTAN CIPAA 2012 - GUANGXI DEV AND CAP SDN BHD v SYCAL BHD
  • PENGARAH PUSAT TIMBANG TARA ANTARABANGSA ASIA (AIAC) BARU
  • CIPAA 2012 - APA ITU CIPAA?
  • KAJIAN KES TUNTUTAN CIPAA 2012 - VISION DEVELOPMENT CONCEPT SDN BHD v LOW SHEH LING
  • CIPAA 2012 - PEMAKAIAN DAN PENGGUNAAN

KATEGORI RENCANA

  • Kajian Kes 4
  • Rencana 19

ARKIB RENCANA

  • Januari 2021 (1)
  • Disember 2020 (6)
  • November 2020 (8)
  • Oktober 2020 (8)

CARIAN RENCANA

Pertanyaan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.


Hakcipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian dari laman ini boleh diterbit semula, dicetak, disalin dan disiar bagi apa-apa tujuan sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pemegang hak cipta.

Copyright © NORCO CONSULT. Designed by OddThemes